Beberapa muka baharu dilihat berada pada sesi latihan terakhir Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim – JDT vs Vissel Kobe.
Pasukan bimbingan Xisco Munoz turun dengan misi wajib menang untuk membuka peluang ke pusingan kalah mati AFC Champions League Elite (ACLE).
JDT yang kini menduduki tangga ketujuh kumpulan dengan lapan mata, memerlukan mata penuh untuk memastikan slot ke pusingan seterusnya dalam genggaman.
Skuad Harimau Selatan bagaimanapun dilihat mempertaruhkan percaturan berbeza dengan posisi penjaga gol menyaksikan ketiga-tiga pemain bersiap sedia iaitu Andoni Zubiaurre, Syihan Hazmi Mohamed dan Christian Abad Amat.
Barisan pertahanan menyaksikan kemunculan tonggak warisan Harimau Malaya, Jon Irazabal setelah tidak diturunkan dalam beberapa aksi terakhir pasukan.
Kehadiran beliau dibantu dengan beberapa pemain utama seperti Eddy Israfilov, Shane Lowry, Park Jun-heong dan Antonio Glauder.
Posisi tengah pula menyaksikan kombinasi pemain berpengalaman antara kapten pasukan, Natxo Insa bersama Nacho Mendez, Hector Hevel, Nazmi Faiz Mansor, Afiq Fazail dan Ager Aketxe.
Persaingan sengit posisi serangan terutamanya penyerang tengah dengan pilihan seperti Bergson Da Silva, Joao Figueiredo, Jairo sementara pemain sayap seperti Manuel Hidalgo dan Yago Caesar turut berlatih di Stadium Sultan Ibrahim, malam Isnin.
Rekod perlawanan terdahulu menyaksikan JDT tumpas 1-2 di tangan Sanfreece Hiroshima manakala anak buah Michael Skibbe menang 2-0 menentang Seoul.
Pertemuan antara JDT dan Vissel Kobe dijadual pada Selasa, 8.15 malam di SSI.