Pemain sensasi kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal menarik perhatian sekali lagi apabila beliau tampil dengan cukup cemerlang pada perlawanan hari ini.
Pasukannya iaitu St Louis City turun berdepan cabaran San Jose Earthquake tidak berdepan sebarang masalah untuk mengutip 3 mata penuh.
Pemain berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan beraksi dengan cukup baik apabila berjaya membentuk persefahaman bersama rakan sepasukan dalam perlawanan ini.
Kuzain bijak mencari ruang dalam kotak penalti lawan apabila membuat larian sebelum hantaran lintangnya singgah di kaki Akil Watts untuk gol pembukaan pasukan.
Malah, kelibat beliau sering membuatkan pertahanan lawan sukar untuk bernaras apabila bintang muda ini sekali lagi bijak membuat larian untuk melepasi kawalan pertahanan San Jose.
Kuzain dapat menghidu larian yang dilakukan oleh rakan sepasukan sebelum membuat satu hantaran lalu mudah disempurnakan oleh Pidro untuk gol kedua perlawanan.
Sungguhpun lawan berjaya menjaringkan dua gol, ia tetap tidak dapat menahan St Louis untuk mencatatkan kemenangan apabila mereka meledak 3 lagi gol sekaligus menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 5-2.