Wan Kuzain Ledak Gol Peluru Di Amerika Syarikat
Dunia
stlcity2
Advertisements

Pemain Malaysia yang kini bersaing dalam kancah bola sepak di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal terus mempamerkan aksi berkualiti bersama St. Louis City SC 2 selepas beliau menjaringkan satu gol dalam kemenangan pasukannya ke atas Real Monarchs.

Kuzain telah menjaringkan gol pada minit ke-41 perlawanan untuk menjadikan kedudukan 3-0 ketika itu. Kuzain yang tidak dikawal, menerima hantaran leret daripada Dida Armstrong. Kuzain tidak menunggu lama untuk melepaskan rembatan deras sekali gus mematikan langkah penjaga gol lawan.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan buat St. Louis City SC 2 yang membelasah Real Monarchs dengan keputusan 4-1. Video gol tersebut telah dikongsikan oleh laman Twitter rasmi kelab.

Advertisements

Untuk rekod, ini merupakan gol kedua Wan Kuzain bersama St. Louis City SC 2 musim ini dan lebih menarik lagi, dua jaringan Kuzain itu telah pun terhasil dari tiga perlawanan terkini yang dilaluinya bersama St. Louis City SC 2.

Selain meledak dua jaringan, Kuzain juga telah menghasilkan tiga bantuan gol buat kelabnya musim ini. Pemain tengah itu sebelum ini dikaitkan untuk penghijrahan ke Jepun namun perbincangan tersebut dikhabarkan gagal mencapai kata sepakat dan Kuzain terus kekal beraksi di Amerika Syarikat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram