Dunia
Advertisements

Pemain sensasi kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal sekali lagi menjadi watak penting apabila menjaringkan gol sensasi buat pasukan yang diwakilinya, Rio Grande Valley Toros FC.

Kecemerlangan persembahannya pada musim ini diteruskan dengan aksi yang cukup bertenaga diperagakan untuk membenam lawannya El Paso Locomotive dengan keputusan 3-2.

Wan Kuzain
Wan Kuzain

Kuzain, 22, yang memulakan perlawanan ini sebagai penyerang dalam kesebelasan utama tampil dengan persembahan yang cukup memukau sepanjang 90 minit beraksi di laman sendiri. Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan pertama yang dicatat oleh lawannya itu selepas 8 perlawanan musim ini sekaligus meranapkan rekod 18 perlawanan tanpa kalah pasukan itu sejak Ogos 2020.

Advertisements

Jaringan yang dihasilkan oleh pemain muda berbakat pada minit ke 61 ini merupakan jaringan ketiganya pada musim ini untuk pasukan RGV Toros Fc.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram