Kehadiran bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak mendapat liputan meluas di Indonesia yang gerun dengan reputasi dan gayanya mengendalikan pasukan.
Jurulatih berusia 52 tahun itu bersama The City Boys sejak tahun 2021 dan mengecapi kejayaan yang cukup memberangsangkan terutamanya apabila membawa pasukan ke pentas akhir Piala AFC.
Bekas jurulatih JDT ini bagaimanapun membuat keputusan untuk kembali ke Indonesia apabila sah mengemudi Persib Bandung.
Kepulangan beliau bagaimanapun menerima reaksi yang pelbagai daripada penyokong Indonesia yang mengetahui status beliau sebagai jurulatih.
Klip video Hodak yang tegas dan memiliki jiwa yang begitu besar terhadap bola sepak kembali menjadi ulang tayang tatkala ketegasan individu ini meraih perhatian.
Klip Dokusiri Sampai Mati Kuala Lumpur pada tahun 2021 menyaksikan ketegasan Hodak memimpin bilik persalinan KL City yang menjadi punca kejayaan pasukan.
Hal ini mendapat respon yang pelbagai daripada peminat Persib dan juga Indonesia.
“Siap sedia para pemain Persib sekalian.”
“Kalau salah lakukan hantaran habislah kali ini,” ujar Alfan di ruangan komen Garagarabola.
Ada juga yang merasakan bahawa pendekatan ini agak sukar dilaksanakan di Persib disebabkan ‘kuasa’ pemain senior kelab.
“Jangan marah begitu coach, tak seiring dengan budaya di Persib.”
“Siap sedia akan ada banyak luahan hati di media sosial,” kata Andra Pratama.
Bojan berdepan tugas berat untuk memulihkan keyakinan pasukan apabila berada di tangga ke-16 dengan 3 mata selepas 4 perlawanan.