Ads
Warga Indonesia Serang Instagram Pemain Warisan Malaysia, Josh Brownhill
Harimau Malaya
Burnley FC

Warga Indonesia bekelakuan pelik apabila menyerang Instagram pemain warisan Malaysia, Josh Brownhill.

Advertisements

Tonggak berusia 28 tahun itu dilaporkan sedang dalam proses dokumentasi untuk membolehkannya mewakili Harimau Malaya.

Advertisements

Kapten Burnley FC itu merupakan watak penting buat pasukannya bersama seorang lagi pemain warisan negara, Zien Flemming.

Advertisements
Advertisements

Beliau bagaimanapun menerima kunjungan daripada peminat bola sepak Indonesia yang berkemungkinan teruja dengan khabar beliau membantu Malaysia.

Rata-rata peminat Sang Garuda seakan tidak bersetuju sekiranya Brownhill benar-benar mahu membantu skuad Harimau Malaya.

Advertisements

“Jangan mahu datang beraksi di Malaysia,” kata pengguna Indonesia, Imam Hariri.

“Jangan datang ke Malaysia Josh,” Rizky Bajuri di ruangan hantaran Brownhill.

Peminat Malaysia bagaimanapun memberi sokongan padu kepada pemain kelahiran England ini untuk terus mencipta nama di Eropah.

“Ayuh Josh, datanglah dan bermain buat Harimau Malaya,” laung Farhan Karim penuh bangga.

Setakat ini, terdapat tiga pemain warisan yang disebut-sebut iaitu Mats Deijl, Josh Browhill dan Zien Foemming namun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Advertisements

Pada musim ini, beliau sudah menjaringkan 3 gol dan satu bantuan gol dalam 6 perlawanan Championship di England.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram