Warga Korea Kongsi Pengalaman Terindah Di Stadium Sultan Ibrahim
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Warga Korea menzahirkan rasa kagum terhadap keindahan stadium pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim.

Perlawanan berprestij di Asia itu menyaksikan wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu merekodkan kemenangan berharga berdepan juara K League, Ulsan Hyundai.

Sebilangan penonton Korea hadir memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka di gelanggang lawan.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian oleh pempengaruh media sosial terkenal, Tara Choi, beliau merupakan individu yang berpeluang menyaksikan keindahan aksi tersebut secara langsung.

Sungguhpun menikmati aksi terbaik antara kedua pasukan, beliau juga sempat merakamkan tentang keindahan stadium JDT itu yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penting.

Advertisements

Pengalaman itu bagaimanapun menjadi kurang indah selepas JDT menunjukkan jaguh Korea itu dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Heberty dan Akhyar Rashid.

“Saya sangkakan aksi akan berakhir dengan keputusan seri namun JDT skor pada minit akhir. Ulsan cuba untuk mencari jaringan tetapi tidak berjaya.”

Advertisements

“Perlawanan tamat dan kami (Ulsan) tewas. Terima kasih Ulsan kerana memberikan kami aksi terbaik. Stadium Johor juga sangat cantik,” ujarnya dalam video tersebut.

Kemenangan itu menyaksikan JDT kini terikat dengan 6 mata selepas 4 perlawanan bersama Ulsan Hyundai dan memiliki baki dua perlawanan untuk layak ke pusinhan kalah mati.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram