Warga Korea Terkejut & Kongsikan Pendapat Berkenaan JDT
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Persembahan memukau pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kali ini telah meraih perhatian seluruh pelusuk Asia.

Diundi dengan dua jaguh Jepun dan juga Korea, pasukan Harimau Selatan tidak sedikitpun menunjukkan rasa gentar sebaliknya turun dengan penuh keyakinan.

Hasilnya, pasukan kendalian Benjamin Mora berjaya mencatatkan 4 kemenangan sekaligus melayakkan diri ke saingan kalah mati.

Advertisements

Sebelum ini, keampuhan para pemain JDT mendapat perhatian media bebas dari kedua-dua negara tersebut yang menzahirkan rasa kagum dan bangga atas pencapaian JDT ini.

Namun begitu, kini terdapat mata-mata yang mula menunjukkan keterujaan untuk melihat kelibat pasukan dari Malaysia ini untuk terus mengorak langkah dalam saingan berprestij ini.

Menurut satu hantaran di laman Tiktok, warga Korea khususnya para penyokong Ulsan Hyundai sudah mula untuk menyelami dan mengenali pasukan JDT tatkala Ulsan tewas kedua-dua perlawanan kepada JDT.

Advertisements

Mereka turut ternyata-nyata mengenai kemampuan sebenar pasukan sehingga membolehkan pasukan negaranya itu tewas sekaligus tidak layak ke pusingan berikutnya.

‘Sejak bila Malaysia mempunyai pasukan yang sehandal ini?’

Bukan itu sahaja, mereka juga kelihatan amat teruja untuk mengetahui bagaimana perancangan pasukan JDT dan juga mengenali dengan lebih mendalam tentang pemain di kelab ini.

Advertisements

‘Adakah semua pemain hebat akan bermain buat JDT?’

Persoalan demi persoalan timbul tatkala pasukan yang ditewaskan ini merupakan jaguh dalam liga utama Korea.

Warga Korea juga mahu memberi penghormatan atas usaha dan kerja keras seluruh pemain dan barisan kejurulatihan JDT untuk mencipta kejayaan ini.

Advertisements

JDT akan bertemu dengan pasukan Urawa Red Diamonds bagi saingan 16 pasukan terakhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram