Warganet Puji Matheus Cunha Pujuk Pemain Jepun
MakanBola
Manchester United

Nama bintang Manchester United, Matheus Cunha menjadi sebutan warga maya pada Selasa.

Ini kerana bintang Brazil itu dikesan memujuk pemain Jepun, Ao Tanaka selepas perlawanan pusingan 32 pasukan terbaik Piala Dunia antara kedua-dua pasukan itu.

Jepun terpaksa melupakan impian mara lebih jauh dalam saingan Piala Dunia apabila tewas 2-1 kepada Brazil. Lebih malang, kesilapan Tanaka membuka ruang kepada Gabriel Martinelli menjaringkan gol kemenangan.

Selepas perlawanan, Cunha dilihat bukan saja memujuk pemain Leeds United itu agar tidak patah semangat. Malah, bekas bintang Wolves itu turut memeluk dan menenangkan Tanaka.

Gambar tindakan terpuji Cunha dikongsikan United di semua platform rasmi mereka dengan hantaran berbunyi, “Sentuhan penuh kelas dari Matheus.”

Ramai penyokong memuji tindakan beliau di ruang komen. Seorang pengguna Instagram bernama Fred.dy_towon melabel tindakan Cunha ada kelas. “Ada kelas,” katanya ringkas.

Seorang lagi penyokong bernama Ceejaykey turut senada dengan dia. “Cunha penuh dengan kelas. Rasa hormat kepada beliau,” ujarnya.

Ini bukan satu-satunya insiden membabitkan Cunha. Sebelum itu, beliau menunjukkan isyarat angka lima kepada seorang pemain Jepun selepas perlawanan sama.

Ini selepas penyerang Jepun, Kento Shiogai memperlekeh kualiti Brazil dalam sidang media praperlawanan kedua-dua pasukan itu. Ini mendorong Cunha menunjukkan isyarat tersebut kepada Shiogai yang merujuk kepada lima trofi Piala Dunia yang dimenangi Brazil.