Wenzel-Halls Bawa Haluan Ke Kuching City?
MakanBola
Penang FC

Tonggak Penang FC, Dylan Wenzel-Halls dilaporkan bakal membawa haluan ke Kuching City FC musim depan.

Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi melaporkan pemain Australia berusia 28 tahun itu akan menyertai pasukan yang dibimbing Aidil Sharin Sahak itu.

“Difahamkan penyerang import Penang FC, Dylan Wenzel-Halls bakal bawa haluan baru dengan menyertai Kuching City FC bagi hadapi saingan musim depan.

“Sepanjang bersama Penang di Liga Super, Dylan telah tampil dalam 38 perlawanan dan mencetak 15 gol serta 11 bantuan gol,” katanya di X.

Jika khabar ini menjadi kenyataan, ini bakal memberi tamparan hebat kepada jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail untuk membentuk skuad ampuh musim depan.

Menariknya, kehadiran Wenzel-Halls dijangka menyuntik pengalaman Asia untuk skuad The Cats. Ini kerana beliau pernah memenangi Piala AFC musim 2023/24 bersama Central Coast Mariners (CCM) sebelum kejohanan itu dijenamakan semula kepada Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Sepanjang bersama Penang, Wenzel-Halls meledakkan 20 gol dan mencipta 15 bantuan gol dalam 56 penampilan. Selain beliau, Kuching City turut dikaitkan dengan perpindahan pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid.