‘Wonderkid’ Indonesia Curi Tumpuan Julang Kelantan FC
Liga Premier
Instagram: @trwkelantanfc
Advertisements

Pemain bintang muda Indonesia, Natanael Siringoringo semakin menjadi bualan hangat peminat ‘The Red Warrior’ apabila mencetak dua gol buat pasukannya, Kelantan FC.

Kelantan FC berjaya menundukkan cabaran seteru terdekat, Kelantan United FC dengan jaringan 3-1 pada perlawanan ke-18 Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Gol pertama Kelantan FC hadir menerusi Nurshamil Ab Ghani pada minit ke-39 sebelum Natanael Siringoringo menggandakan kedudukan buat tuan rumah seminit sebelum separuh masa pertama tamat.

Advertisements

Pasukan pelawat sempat mengejar sejurus babak kedua bermula menerusi Alfusainey Gassama pada menit ke-48.

Namun begitu, jaringan kedua Natanael Siringoringo pada minit ke-58 memastikan Kelantan FC berjaya mengatasi seterunya dalam Derbi Kelantan ini.

Pemain yang beraksi di posisi sayap kanan ini juga cemerlang membantu bahagian pertahanan dengan sentiasa melakukan ‘track back’ untuk memastikan gawang gol pasukan Kelantan FC tidak dibolosi.

Advertisements

Sejak bermain untuk Kelantan FC pada musim ini, Natanael telah berjaya menjaringkan tiga gol dan melakukan dua bantuan gol.

Pada Mac 2021, pemain kelahiran Medan, Sumatera Utara itu telah mendapat sambungan kontrak jangka panjang selama tiga tahun atas prestasi cemerlang yang ditampilkannya.

Beliau menyertai pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu sejak awal tahun 2021 untuk diturunkan pada aksi penggal kedua Liga Premier.

Advertisements

Persembahan baik bekas pemain Sulut United ini telah berjaya membantu Kelantan FC untuk melonjak ke tangga ke-7 Liga Premier musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram