‘Work-rate’ Safawi Semasa Sesi Latihan Dapat Pujian Ketua Jurulatih Portimonense
Dunia
Advertisements

Perkembangan bekas pemain Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid di Portugal kelihatan positif selepas menyertai 4 sesi latihan bersama pasukan barunya, Portimonense.

Ketika wartawan bertanyakan tentang Safawi, ketua jurulatih pasukan, Paulo Sergio memuji kerja keras Safawi semasa sesi latihan.

“Safawi bekerja dengan sangat keras untuk menunjukkan potensi sebenar dirinya. Beliau memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan liga Portugal akan tetapi beliau telah bekerja dengan sangat keras dengan 4 sesi latihan minggu ini.”

Advertisements

Safawi juga berada dalam kesebelasan utama untuk skuad bawah 23 tahun ketika Portimonense melayani kunjungan Sporting SC di Centro de Estágio. Dalam perlawanan terbabit Portimonense tewas 1-3 dan Safawi dikeluarkan pada minit ke-53.

Sebelum ini, Paulo juga menyatakan bahawa Safawi merupakan pemain plan jangkamasa panjang pasukan dan Safawi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Portugal.

Portimonense bakal bertemu Maritimo dalam aksi Premiera Liga malam ini jam 10.30 malam dan perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram