World Tour Finals: Aaron Chia & Wooi Yik Ditewaskan Takuro Hoki & Yugo Kobayashi
Badminton
BA Malaysia
Advertisements

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memulakan kempen Kumpulan A World Tour Finals dengan langkah kiri hari ini.

Bekas juara dunia beregu lelaki 2022 itu terpaksa akur dengan kehebatan juara dunia beregu lelaki 2021 dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.

Rekod pertemuan dilihat tidak memihak regu negara di mana Hoki-Kobayashi berjaya mengatasi Aaron-Wooi Yik enam kali daripada lapan pertemuan sebelumnya.

Advertisements

Set pertama menyaksikan regu nombor tujuh dunia itu meraih kelebihan awal pada kedudukan 11-7. Aaron-Wooi Yik cuba mengejar tetapi Hoki-Kobayashi lebih unggul sebelum meraih kemenangan 21-16.

Juara Terbuka Denmark itu mempamerkan kebangkitan pada set kedua. Aaron-Wooi Yik bijak mengawal tempo permainan dan mendahului pada kedudukan 15-10.

Advertisements

Hoki-Kobayashi cuba mendapatkan kembali rentak permainan mereka tetapi regu negara memastikan kemenangan set kedua dengan keputusan 21-14.

Ini memaksa perlawanan diheret ke rubber set bagi menentukan pemenang aksi pertama Kumpulan A.

Advertisements

Pada awalnya, Aaron-Wooi Yik mendahului pada kedudukan 5-1. Bagaimanapun, Hoki-Kobayashi kembali mengejar dan menyamakan kedudukan sebelum mendahului pada kedudukan 11-9.

Aaron-Wooi Yik cuba mengejar tetapi Hoki dan Kobayashi memastikan mereka meraih kemenangan pertama Kumpulan A dengan keputusan 21-18.

Advertisements

Juara dunia edisi 2022 itu kini perlu fokus untuk aksi kedua Kumpulan B. Mereka bakal turun menentang regu China, Liu Yuchen dan Ou Xuangyi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram