“Ya, Saya Memang Dah Miskin” – Azmeer Yusof
Inspirasi
Azmeer Yusof
Advertisements

Bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof baru-baru ini telah mencoret satu tulisan mengenai kehidupannya yang terbaru.

Azmeer kini sedang sibuk menguruskan Pusat Pengajian Azmeer Yusof (PPAY) yang kini telah dibuka di tiga lokasi yang berbeza.

Sebelum ini, telah tular berkenaan tindakannya yang menjual kereta jenis Toyota Vellfire demi tujuan memberikan kehidupannya tenang tanpa dibebani hutang.

Advertisements

Tohmahan telah dilemparkan kepada Azmeer malah ada yang bertanya kepada beliau adakah beliau sudah jatuh miskin selepas membuat keputusan untuk menjual keretanya itu. Azmeer punyai jawapannya.

Yes ! Saya memang dah miskin. Saya miskin kerana PUSAT PENGAJIAN AZMEER YUSOF ( PPAY ) ini. Saya miskin kerana perlu habiskan duit demi kelangsungan kelas Al-quran ini.

“Saya miskin untuk tanggung segala kos operasi. Saya miskin untuk membayar gaji ustaz dan ustazah. Dan saya miskin kerana Rumah Allah ini.” coret Azmeer di laman Facebook rasmi beliau.

Advertisements

Selain menyediakan kelas Al-Quran secara percuma, Azmeer juga turut mendedahkan bahawa dengan penjualan keretanya itu maka terbinalah tiga cawangan PPAY di Alor Setar, Kuala Kedah dan Gombak, Selangor.

“Pusat Pengajian ini saya buat secara PERCUMA. Ada 3 cawangan. Di Alor Setar, Kuala Kedah dan Gombak. Pelajar di sini ada yang dari keluarga yang susah. Ada yang nenek jaga. Ada yang anak yatim. Ada yang anak yatim piatu. Dan ada yang berlatar belakangkan macam-macam lagi. Sanggup ke saya minta yuran dari mereka?? Allahuakbar.

“Dan untuk pengetahuan semua, kerana saya jual BESI BURUK itulah terbinanya PUSAT PENGAJIAN AZMEER YUSOF ( PPAY ) ini,” tulis Azmeer lagi.

Advertisements

Menjengah di ruangan komen, tindakan Azmeer itu meraih pujian ramai apabila sanggup mengorbankan karier dan kemewahan demi membina tiga tempat pengajian Al-Quran yang dibuat secara percuma.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram