Tonton: Kerja ‘Gila’ Yann Sommer Selamatkan 19 Percubaan Tepat Bayern Munich
Dunia
YSommer1
Advertisements

Ketangkasan luar akal penjaga gol berpengalaman Borussia Monchengladbach, Yann Sommer menafikan setiap peluang yang diperoleh gergasi Bayern Munich dianggap sebagai satu fenomena.

Pemain kebangsaan Switzerland itu turun selaku kapten pasukan menjadi tonik terbaik buat rakan sepasukan apabila ketangkasan beliau memastikan Gladbach berjaya mencuri satu mata.

Beraksi di gelanggang lawan, beliau telah menafikan segala peluang terhidang yang dimiliki oleh anak didik Julian Naglesmann sehinggalah memaksa mereka menunggu sehingga minit ke-83 untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi ledakan Leroy Sane.

Advertisements

Ketangkasan menakjubkan beliau ini telah memadam rekod  yang dipegang oleh Alexander Schwolow yang melakukan 14 penyelamatan menentang Bayern awal tahun ini.

Persembahan beliau juga menerima penilaian 10/10 daripada Sofascore selepas 11  daripada 19 penyelamatan daripada dalam kotak penalti berjaya dilakukan.

Bukan itu sahaja, bekas penjaga gol FC Basel ini melakukan beberapa penyelamatan lain sekaligus dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada malam tersebut.

Advertisements

Walaupun seri, Bayern masih mendahului Bundesliga dengan 10 mata dan mendahului Union Berlin hasil perbezaan jaringan.

Gladbach juga tidak lagi tewas dan menduduki tempat keenam selepas dua kemenangan dan dua seri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram