Yazan Al-Arab Ketuai Barisan Bintang Jordan Ke Piala Asia
Asia
JFA
Advertisements

Bekas bek tengah Selangor, Yazan Al-Arab bakal beraksi untuk Jordan dalam saingan Piala Asia 2023.

Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai awal 33 pemain yang menyertai skuad kebangsaan Jordan yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) hari ini.

Selain Yazan, pemain tengah Merah Kuning, Noor Al-Rawabdeh dan bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi turut tersenarai.

Advertisements

Jordan turut memanggil pemain sayap Montpellier yang sedang meningkat naik, Musa Al-Taamari.

Sejak menyertai Montpellier secara percuma daripada OH Leuven pada tetingkap perpindahan musim panas lepas, nama beliau menjadi sebutan di Ligue 1.

Beliau menjaringkan tiga gol dan mencipta tiga bantuan gol untuk kelab itu dalam 15 perlawanan liga.

Advertisements

Kehadiran semula Yazan dalam pasukan yang diberi jolokan The Chivalrous Ones itu memberi peluang kepada beliau untuk bangkit selepas diulit kontroversi beberapa bulan lalu.

Susulan tindakannya menendang pengadil dalam aksi suku akhir Piala Malaysia, beliau bukan saja dilepaskan oleh pengurusan Merah Kuning.

Malah, FAM bertindak mengenakan penggantungan seumur hidup ke atas Yazan daripada sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia.

Advertisements

Bek tengah berusia 27 tahun itu kemudiannya mendapat talian hayat dengan berpindah ke kelab Iraq, Al-Shorta.

Barisan pemain Jordan akan diuji dalam tiga aksi persahabatan antarabangsa pra-Piala Asia 2023. Mereka akan menentang Lubnan pada 28 Disember ini sebelum disusuli Qatar (5 Januari 2024) dan Jepun (9 Januari 2024).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram