Yazan Al-Arab Sertai Kelab Gergasi Iraq
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Bekas pemain import Selangor FC, Yazan Al-Arab kini boleh menarik nafas lega apabila berjaya menyambung karier bola sepak selepas terhenti seketika selepas ditamatkan kontrak oleh Selangor.

Yazan yang juga pemain kebangsaan Jordan kini sah menyertai kelab gergasi Iraq, Al-Shorta SC. Sebagai info, Al-Shorta SC merupakan juara bertahan Liga Perdana Iraq selepas memenangi liga tersebut musim lalu.

Berita perpindahan Yazan itu telah dikongsikan sendiri oleh pihak pengurusan kelab melalui satu pengumuman rasmi di media sosial Al-Shorta.

Advertisements

Kini Al-Shorta berada di landasan yang terbaik untuk mengekalkan kejuaraan liga. Selepas lima perlawanan liga yang telah dilalui musim ini, Al-Shorta berada di tangga ke-3 dengan mengumpul 10 mata.

Kedudukan itu hanya dipisahkan tiga mata sahaja dengan pendahulu liga, Al-Quwa Al-Jawiya yang masih belum tewas selepas lima perlawanan liga. Sudah tentu kehadiran Yazan akan menambah lagi kekuatan kepada pasukan itu dalam usaha mereka mengekalkan mahkota kejuaraan liga.

Yazan sebelum ini mencipta kontroversi tak masuk akal di Liga Super Malaysia apabila dikesan menyepak pengadil perlawanan selepas beliau tidak berpuas hati dilayangkan kad merah.

Advertisements

Kejadian itu berlaku pada aksi suku akhir apabila Selangor terikat 1-1 dengan Terengganu, sekaligus tersingkir secara agregat 1-3 selepas tewas 2-0 pada suku akhir pertama di Gong Badak.

Tindakan tersebut nyata mengundang padah apabila Yazan telah digantung seumur hidup oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pemain berusia 27 tahun itu tidak dibenarkan terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram