Yusri Che Lah Puji Pengurusan Terengganu
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah memuji tindakan pengurusan Terengganu FC (TFC) yang bersabar dan memberi masa kepada jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner pada awal musim 2023.

Ini kerana, Terengganu memulakan saingan Liga Super dengan persembahan yang kurang meyakinkan selepas gagal mencipta kemenangan dalam tiga aksi pertama.

Namun tindakan pengurusan Terengganu yang bersabar dan terus mempercayai kebolehan Steinbruckner membuahkan hasil. Bagi Yusri, kesabaran itu adalah sesuatu yang mahal.

Advertisements

“Saya memuji pengurusan pasukan Terengganu. Jika dilihat pada awal musim, jurulatih yang sama (Steinbruckner) mengalami keadaan yang sukar. Tetapi mereka (pengurusan) masih berada di belakang beliau sehingga beliau sendiri membawa Terengganu ke final (Piala Malaysia).

“Jadi saya menyeru bahawa kesabaran itu mahal. Saya rasa ucapan tahniah kepada Coach Tomi. Apa yang beliau lakukan itu adalah baik untuk bola sepak Terengganu,” jelas Yusri dalam sidang media seperti dikongsikan TBG TV.

Selain memberikan ruang buat Steinbruckner, pengurusan Terengganu juga dilihat tidak tergesa-gesa menukar penyerang import, Ivan Mamut yang kurang menjadi di awal musim.

Advertisements

Ternyata keputusan mengekalkan Ivan Mamut itu adalah tepat apabila penyerang dari Croatia itu telah meledak 23 gol untuk Terengganu musim ini dalam kesemua pertandingan termasuk di saingan Piala AFC.

Perancangan Steinbruckner untuk musim hadapan sudah pasti menjadi tumpuan ramai apabila Terengganu mengesahkan bahawa beberapa pemain import tidak akan disambung kontrak selain Azam Azmi yang dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram