Dunia
Advertisements

PERLIS, 1 Ogos 2019. Zafuan Azeman (20), bekas penyerang muda Kedah dan pasukan Malaysia bawah 19 tahun hari ni mendedahkan punca sebenar beliau mendiamkan diri setelah beberapa kali dikaitkan dengan pasukan luar dan dalam negara.

Pemain berbakat, tinggi lampai ini pernah mewarnai akhbar dan kaca televisyen Malaysia dengan berita pemergiannya berlatih ke beberapan pasukan luar negara seperti Venezia FC (Itali), Bangkok United dan Chainat Hornbill (Thailand).

Namun menjadi sedikit tanda tanya akan ke mana hilangnya Zafuan Azeman apabila secara tiba-tiba mendiamkan diri selama hampir 2 bulan.

Advertisements
zafuan azeman joe tacopina venezia 1wftjsvpriq4p17jsp8sbh1bay Eksklusif: Zafuan Azeman Dedah Punca Sebenar Beliau 'Menghilangkan Diri'
Zafuan with the Chairman of Venezia, Joe Tacopina – Source: Goal.com

Masih Menjaga Fitnes

Zafuan yang masih belum menandatangani sebarang kontrak dengan mana-mana pasukan menyatakan beliau masih menjaga tahap kecergasannya.

“Setiap hari saya akan ke gym dan bermain bola sepak di padang untuk menjaga fitness. Tambahan pula saya baru sahaja pulih dari kecederaan semasa menjalani pemilihan di Thailand.”

Source: Goal.com

Perlis FA

“Selepas saya pulang dari Itali, saya menyertai Perlis FA namun saya membuat keputusan untuk membatalkan hasrat selepas menerima makluman masalah dalaman Perlis”

Advertisements

Pulau Pinang

“Saya mempunyai masalah peribadi yang sukar untuk saya ceritakan, jadi saya terpaksa tinggalkan Penang FA dengan hati yang berat.”

Hampir Menyertai Bangkok United

Zafuan yang tidak mahu berputus asa lantas mengambil peluang untuk sesi pemilihan bersama dua pasukan Thai League 1; Bangkok United dan Chainat Hornbill.

“Saya menjalani latihan dan pemilihan bersama Bangkok United selama 3 minggu dengan baik. Jurulatih bersetuju untuk berikan kontrak dan minta saya menyelesaikan urusan visa dan logistik untuk berpindah ke Thailand”

Advertisements

“Yang mengecewakan, sehari sebelum saya pindah ke Thailand, Presiden Bangkok United membatalkan hasrat untuk memberikan kontrak kepada saya atas alasan ingin menandatangani penyerang tempatan Thailand.”

“Selepas itu saya menjalani pemilihan dengan pasukan Chainat Hornbill selama 7 hari namun semasa perlawanan persahabatan terakhir, saya mengalami kecederaan serius dan perlu berehat hampir sebulan di Malaysia.”

Ingin Saingi Penyerang Import Di Malaysia

Tidak mahu memikirkan kejadian di Thailand, Zafuan bangkit dari kecederaan dan mula membina kekuatan fizikal sepanjang tempoh berehat ini.

Advertisements

Beliau berpendapat, penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan di Liga Malaysia berikutan polisi kebanyakan kelab yang memilih penyerang luar negara dan beliau tidak mahu ianya terjadi kepada dirinya sendiri.

Hasilnya, skuad kebangsaan kekurangan penyerang berkaliber tidak seperti beberapa tahun dahulu.

“Saya tidak akan berputus asa mencari pasukan yang bersesuaian dengan hasrat dan cita-cita saya. Saya sedar pentingnya minit permainan untuk seseorang penyerang dan saya kini sedang membina otot untuk cuba menyayingi penyerang dan pertahanan import di Malaysia”

“Saya akan kembali.” jelas Zafuan yang masih bersemangat untuk kembali beraksi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram