Zainal Abidin Hassan Ada Pesanan Khas Buat Luqman Hakim
Dunia
Goal.com
Advertisements

Bekas pengendali Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan memberi pesanan kepada penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin susulan penghijrahannya ke Liga Divisyen 2 Iceland. 

Jurulatih berpengalaman itu berharap agar Luqman mampu membuktikan kredibilitinya dan terus menimba pengalaman yang berharga di Eropah. 

Beliau akui ini adalah satu perkara positif buat skuad kebangsaan kerana bakat-bakat anak muda sudah mula dipandang dari kelab-kelab Eropah. 

Advertisements

“Tahniah kepada Luqman Hakim. Selagi dia berada dalam dunia Eropah, ia tetap pentas terbaik. Saya ucapkan selamat maju jaya dan jangan putus asa. Kita tahu betapa tingginya mutu bola sepak di sana.

“Untuk pasukan Malaysia pergi lebih jauh, kita perlukan lebih ramai pemain berhijrah khususnya di Eropah untuk menimba pengalaman dan kukuhkan pasukan kebangsaan,” katanya dipetik daripada Sinar Harian.

Advertisements

Luqman Hakim bakal sertai kelab Njardvik secara pinjaman daripada KV Kortrjik selama satu musim.

Difahamkan perpindahan Luqman ke pasukan Njardvik adalah sebab dijanjikan minit permainan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram