Zainal Abidin Mahu Dua Kelab Kelantan Bergabung
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Penyerang legenda negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mencadangkan Kelantan FC dan Kelantan United FC digabungkan sebagai satu pasukan tunggal mewakili negeri itu.

Cadangan ini diutarakan beliau semasa menjadi panel perlawanan Liga Super Perak FC menentang Kelantan di Astro Arena baru-baru ini.

Zainal Abidin menyifatkan langkah ini sebagai langkah terbaik kerana ini akan membantu dari segi kos kewangan yang ditanggung dua pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Advertisements

Selain itu, ini juga akan membantu pasukan mencatat keputusan lebih baik dalam Liga Super.

Justeru, beliau berharap pengurusan kedua-dua pasukan dapat menimbang cadangan ini kerana ini akan memberi kebaikan kepada bola sepak negeri Kelantan untuk jangka masa panjang.

Advertisements

“Jangan ambil ringan Liga Super kita kerana ini martabat tertinggi bola sepak Malaysia. Bagi saya, (lebih elok) jika Kelantan FC dengan Kelantan United FC duduk semeja (dan) bergabung.

“Sebab di sini saja berapa juta, dekat sana pula berapa juta. Buat ketika ini, mereka boleh duduk semeja, bergabung dan buat satu pasukan yang baik.

Advertisements

“Saya rasa (mereka) akan dapat nikmat yang lebih baik. Dan secara tak langsung, kita dapat liga itu berhasil,” katanya bila menjawab persoalan yang diutarakan moderator, Ahmed Shahrazad Sani.

Kelantan United dan Kelantan masing-masing ketika ini menduduki tangga ke-12 dan ke-14 Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram