Zamsaham Jelaskan Isu Sebenar Jawatan Pengarah Teknikal Kelantan
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham telah menjelaskan isu sebenar berkenaan jawatan kosong pengarah teknikal Kelantan FC yang tular di media sosial ketika ini.

Isu berkenaan menjadi hangat apabila jawatan kosong pengarah teknikal Kelantan FC disiarkan di laman Jobstreet dengan anggaran gaji RM2500-RM3000 sebulan.

Namun dalam bual bicara di TikTok milik Zamsaham, beliau menafikan perkara tersebut dan menyatakan bahawa Kelantan telah mempunyai pengarah teknikal baharu iaitu Encik Arif Hashim.

Advertisements

Encik Arif Hashim sebelum ini merupakan pengarah teknikal pasukan PDRM dan mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam arena bola sepak tempatan.

Zamsaham juga menjelaskan bahawa Kelantan tidak pernah mengiklankan jawatan kosong pengarah teknikal setelah mendapatkan kepastian daripada semua staf yang terlibat di Kelantan FC.

Malah Zamsaham berpendapat isu jawatan kosong tersebut adalah rekaan daripada pihak yang cuba memburuk-burukkan nama beliau dalam arena bola sepak Malaysia.

Advertisements

Perkara ini dijelaskan oleh Zamsaham sendiri menerusi siaran langsung TikTok miliknya setelah beliau mendapat pertanyaan daripada pihak wartawan pada pagi ini.

Kelantan bakal bertemu pasukan JDT bagi aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia pada hari Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram