Zamsaham: Kelantan Di Hati
Liga Super
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham menegaskan pasukan itu akan sentiasa ada di hatinya.

Beliau mengakui kecewa dengan kedudukan Kelantan ketika ini tetapi melihat ia sebagai satu proses untuk mereka bangkit dan kembali meraih kejayaan.

Zamsaham juga akur dengan semua kecaman penyokong terhadap dirinya. Bagaimanapun, pada masa sama, beliau percaya lambat-laun segala tindakannya untuk The Red Warriors akan difahami oleh peminat.

Advertisements

“Kelantan FC di hatiku. Takda owner (pemilik) nak team (pasukan) dia lemah dan kalah. Tahun lepas kita di atas liga, tahun ini kita bermula dengan penuh dugaan dan cabaran.

“Saya lalui dengan tabah. Insha Allah lambat laun fans (para penyokong) akan faham susah payah penat lelah saya untuk Kelantan FC. For now (Buat masa sekarang), anda mahu takir, saya redha kan sahaja. Anda ada hak,” kata Zamsaham di akaun Facebook miliknya.

Kelantan berharap dapat menamatkan beberapa siri kekalahan besar yang dialami sejak kebelakangan ini. Itu diharap dapat dicapai dengan mengalahkan Kelantan United FC dalam aksi suku akhir Piala Cabaran MFL pada 18 September ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram