Zamsaham Kembali Tersenyum
Liga Super
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham merasa gembira melihat pasukannya kembali meraih mata selepas menunggu selama lebih empat bulan.

Perlawanan Liga Super semalam menyaksikan The Red Warriors (TRW) berjaya mengikat Kuching City FC 2-2 menerusi gol Hafizan Ghazali dan Natanael Siringoringo.

Walaupun gembira dengan keputusan semalam, beliau melihat kesungguhan ini harus diteruskan dalam perlawanan seterusnya bagi membantu Kelantan FC keluar dari kelompok tercorot liga.

Advertisements

“Terima kasih Natanael dan Hafizan yang jaringkan dua gol. Terima kasih semua player. Terima kasih semua fans TRW yang datang ke Stadium Kuching malam tadi. Kita usaha terus,” komennya di Facebook.

Dengan TRW dikhabarkan bakal merekrut pemain import Poland, Chris Jastrzembski, kini fokus jurulatih skuad Kijang, Angel Alfredo Vera seterusnya ialah mendapatkan kemenangan.

Advertisements

Begitupun, mereka bakal berdepan tugas sukar kerana perlu menentang finalis Piala FA 2023, KL City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 29 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram