Zamsaham Mohon Bantuan Isu KAFA
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengharapkan bantuan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) berkenaan kemelutnya dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Kemelut timbul apabila KAFA gagal melunaskan tunggakan hutang sebanyak RM3.8 juta terhadap beliau. Nilai tunggakan tersebut amat besar di mana Zamsaham melihat jika dilunaskan, mampu dimanfaatkan untuk skuad Kijang.

“Kepada KAFA, minta tolong supaya dapat bayar hutang RM3.8 juta kepada saya. Mungkin FAM atau MFL boleh bantu saya.

Advertisements

“Macam-macam yang boleh saya buat dengan RM3.8 juta itu, saya boleh buat berapa banyak padang dan saya boleh bayar gaji pemain yang tertunggak,” katanya dalam satu sidang media pada Jumaat.

Sekitar September 2020, Zamsaham mendapatkan Kelantan FC daripada KAFA dengan nilai RM6.8 juta. Menurut laporan ketika itu, RM3 juta dibayar bagi pengambilalihan pasukan dengan RM3.8 juta lagi dipinjamkan kepada KAFA bagi melangsaikan tunggakan hutang mereka.

Sebelum ini, Zamsaham juga pernah menyaman KAFA selepas organisasi tersebut gagal melunaskan hutang berkenaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram