Zamsaham: Saya Bukan Terdesak Jual Kelantan
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Semalam, dua entiti perniagaan sudah menyatakan minat mengambil alih Kelantan FC. Bagi pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham, sebarang tawaran yang dibuat akan dinilai terlebih dahulu agar ia bersifat menang-menang kepada semua.

Ini kerana buat masa ini, beliau dilihat selesa mengendalikan pengurusan pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors (TRW) itu. Malah, beliau mahu memastikan Kelantan FC tiada bebanan dan mampu lebih ke hadapan selepas ini.

Pada masa sama, beliau bersedia menimbang tawaran jika ada pihak yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan skuad Kijang. Zamsaham turut menyatakan RM5 juta sebagai nilai minimum untuk pasukan tersebut.

Advertisements

“Kita tidak ada apa-apa bebanan, cumanya kita nak pastikan kelab ini lebih ke depan, lebih maju dan sebagainya. Jadi, saya rasa boleh kendalikan kelab ini sebenarnya.

“Cuma kalau ada yang bersungguh, kenalah letak nilai yang bertepatan. Tapi kalau nilai itu di bawah RM5 juta, saya takkan lepaskan dan saya rasa itu bukan nilai Kelantan yang sebenar,” katanya bila ditemubual wartawan Astro Arena, Muiz Aziz.

Komitmen Zamsaham kepada TRW turut didorong oleh prinsipnya untuk tidak melepaskan benda di kedudukan terbawah. Atas sebab inilah, beliau tidak dalam keadaan terdesak untuk menjual Kelantan FC.

Advertisements

“Saya punya konsep ialah saya takkan lepaskan sesuatu benda di bawah. Saya ada prinsip saya sebenarnya. Saya akan buat benda itu ada nilai (dan) berjaya, baru saya keluar.

“Saya bukan jenis yang nak melepaskan suka-suka. Kalau betul dia bersungguh, dia perlu berikan (tawaran). Saya bukan terdesak, saya bukan ‘Saya kena jual’. Tidak, saya bukan terdesak lepaskan Kelantan FC,” tambahnya.

Sebelum itu, dua entiti perniagaan iaitu Erfan Gym & Fitness dan Empayar Beauty Dato Seri Vida sudah menyatakan hasrat mahu mengambil alih Kelantan FC.

Advertisements

Bagaimanapun, sebarang khabar yang menyatakan penglibatan jutawan seperti Tan Sri Vincent Tan untuk mengambil alih TRW dinafikan oleh pengguna Twitter, Syafiq Freman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram