Zamsaham: Saya Dah Lama Tunggu
Liga Super
MakanBola
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui sudah sekian lama menantikan detik yang cukup indah buat pasukannya.

The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang cukup hebat selepas dikalahkan oleh JDT di laman sendiri tempoh hari.

Advertisements

Anak didik Alfredo Vera memastikan tiga mata menjadi milik pasukan tuang rumah apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan.

Dua jaringan daripada pemain import Argentina, Leonardo Rolon pada minit ke-2 dan 30 sudah cukup untuk menoktahkan kemenangan di Stadium Sultan Muhamad ke-Iv.

Advertisements

Dalam satu kenyataan, Zamsaham mengakui berpuas hati dengan persembahan pasukan yang berjuang bersungguh-sungguh untuk memenangi aksi ini.

“Sekurang-kurangnya kita dapat tiga mata, dah lama tunggu, kita akan teruskan momentum, Gomo Klate Gomo, ujar Zamsaham.

Advertisements

Kelantan ketika ini melonjak satu anak tangga dan berada di tangga kedua tercorot liga selepas 19 perlawanan.

News Comments Account