Zamsaham Sudah Selesaikan Gaji Pemain Kelantan
Liga Super
TRW Kelantan
Advertisements

Kemelut yang melanda pasukan Kelantan pada musim ini sedang hangat dibicarakan para pengikut bola sepak tanah air. Terkini, pemilik pasukan Kelantan FC, Zamsaham memaklumkan sudah menyelesaikan bayaran gaji dan EPF para pemain Kelantan.

Menurut beliau, bayaran gaji dan EPF pemain kelantan telah diselesaikan pada minggu lepas.

Berita tersebut disampaikan oleh beliau sendiri dalam satu hantaran di Facebook yang berbunyi “Gaji dan bayar minggu lepas. EPF pun bayar. Kalau rezeki saya lebih, tentu saya akan ontimekan semuanya. Saya tak mahu lewat-lewat sebenarnya. Terima kasih semua yang hadir ke stadium semalam”.

Advertisements

Disebalik kekalahan Kelantan kepada JDT dihalaman sendiri, kehadiran Dato’ Seri Vida dan Erfan bersama Zamsaham di Stadium Sultan Muhammad IV semalam turut memperkuatkan lagi berita berkenaan pengambil alihan pasukan Kelantan.

Kelantan kini dibarisi para pemain muda setelah beberapa pemain utama sudah meninggalkan pasukan. Antaranya Afiq Azuan, Ismahil Akinade, Nuha Marong, Mario Arques dan yang terbaharu ialah Nurshamil Abdul Ghani.

Advertisements

Kelantan kini sedang berada dikedudukan terakhir Liga Super dengan mengutip 4 mata daripada 16 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram