Liga Super
TRW Kelantan
Advertisements

Zamsaham berkemungkinan tidak akan melepaskan pasukan Kelantan disebalik minat yang ditunjukkan oleh Dato’ Seri Vida dan Erfan. Perkara ini dikongsikan sendiri olehnya dalam satu hantaran Facebook milik beliau.

Zamsaham memaklumkan bahawa beliau tidak akan menjual pasukan Kelantan jika masih mendapat kepercayaan daripada para penyokong Kelantan FC.

Ini setelah salah seorang penyokong pasukan Kelantan yang melihat corak permainan Kelantan semakin bertambah baik sejak kemasukan jurulatih baharu, Angel Afredo Vera dan berharap agar Zamsaham terus memegang kelab tersebut buat semusim lagi.

Advertisements

Corak permainan Kelantan dipuji lebih bertenaga dan garang sejak jurulatih dari Argentina itu membimbing Kelantan walaupun Kelantan tewas 3-4 kepada Penang dan terbaharu 0-5 kepada JDT.

Kelantan juga dibarisi para pemain muda ketika ini seperti Johan Shahzidane, Hafizan Ghazali, Harith Akif, Firdaus Hasnoddin dan Rakesh Munusamy.

Advertisements
Zamsaham 20 Zamsaham Terharu, Mahu Kekal Jaga Kelantan
Jurulatih baharu Kelantan, Afredo Vera

Berita pengambil alihan pasukan Kelantan masih menjadi persoalan ramai dan kepada siapakah kelab tersebut bakal dijual turut menjadi teka-teki setelah Dato’ Seri Vida dan Erfan masing-masing menunjukkan minat untuk mengambil alih Kelantan FC.

Namun dengan kenyataan terbaru Zamsaham ini, berkemungkinan beliau tidak akan melepaskan Kelantan dalam masa yang terdekat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram