Zamsaham Umum Kelantan Tak Tukar Jurulatih
Liga Super
TRW KELANTAN FC
Advertisements

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengesahkan kedudukan Angel Alfredo Vera sebagai jurulatih pasukan itu masih selamat.

Ini kerana beliau berpuas hati dengan usaha yang ditunjukkan bekas pengendali Persita Tangerang itu dalam membentuk skuad The Red Warriors di mana majoriti pemain ialah pemain-pemain muda.

Biarpun Kelantan mengalami beberapa kekalahan besar seperti 8-0 di tangan Terengganu FC dan 10-0 di tangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Zamsaham percaya Vera boleh memimpin pasukan itu menjadi lebih bagus.

Advertisements

“Apakah nasib Alfredo (Vera) nanti, apakah dia akan dikeluarkan? Saya cakap so far (setakat ini) dia OK pada saya. Alfredo, saya OK. Kenapa saya cakap? Sebab dia berprestasi dan dia bersesuaian, pemain faham.

“Pemain follow (ikut) taktikal dan boleh faham. Pada saya, kalau dah kalah, kalah is part of (itu sebahagian daripada) takdir. Coaches (Jurulatih-jurulatih) pun tak nak kalah. Coach (jurulatih) pun tak nak kalah. Tapi dah takdir macam tu kita jumpa team kuat, bos.

“Pada saya, itu tak jadi masalah. Macam saya beritahu tadi, kita mahu cuba kekal dalam Liga Super. Kita masih ada baki perlawanan dan kita akan cuba kekal dalam Liga Super,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk program Nadi Arena.

Advertisements

Kelantan berharap dapat bangkit semula dalam Liga Super dalam perlawanan menentang Selangor FC pada 25 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram