Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak percaya anak tempatan masih memiliki peluang merebut slot Harimau Malaya.
Sebelum ini, sesetengah pihak merasa bimbang dengan kehadiran lebih ramai pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara beraksi untuk Harimau Malaya.
Ini kerana mereka bimbang jika keadaan ini berterusan, anak tempatan tidak berpeluang mewakili skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa.
Zaquan melihat kehadiran pemain baharu ini dari sudut positif. Ini kerana pada hemat beliau, mereka membantu menaikkan standard pemain tempatan.
Apabila pemain tempatan sudah tahu tahap yang perlu dicapai, maka tiada masalah bagi mereka bersaing merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya.
“Jika tiada pemain tempatan, inilah adalah Malaysia. Saya pasti akan ada pemain tempatan akan dapat beraksi selepas ini.
“Lama-kelamaan selepas mereka tahun standard pemain warisan, mereka akan ada satu tahap bersama mereka,” katanya kepada Nadi Arena.
Harimau Malaya diperkuatkan dengan kehadiran beberapa tonggak baharu berkualiti seperti Joao Figueiredo, Facundo Garces dan Imanol Machuca.