Zhafri Yahya Puji Kebijaksanaan Kim Pan-gon Atur Taktikal
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain KL City FC, Zhafri bin Yahya memuji jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon sebagai individu yang bijak dalam mengatur taktikal.

Pemain yang berusia 27 tahun itu menjelaskan Kim Pan-gon merupakan seorang jurulatih yang memiliki perancangan yang amat bagus dan teliti. Taktikal yang diterapkan KPG pada ketika ini amat efektif buat kem Harimau Malaya.

“Bagi saya Coach Kim Pan-gon ada falsafah tersendiri. Beliau memiliki game plan yang sangat baik dan taktikal yang efektif.”

Advertisements

Tambah Zhafri, Kim Pan-gon juga sentiasa menjaga hubungan baik antara para pemain dan barisan kejurulatihan. Beliau pandai ambil hati ramai pihak dan amat mementingkan keharmonian dalam keluarga Harimau Malaya.

“Coach Kim juga memiliki relationship dengan staff dan semua pemain dengan baik. Beliau sememangnya bijak dan pandai untuk mengekalkan keharmonian pasukan,” jelas Zhafri ketika dihubungi MakanBola.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram