Pemain pertahanan muda Selangor, Zikri Khalili dilaporkan mengalami ‘concussion’ atau maksud lainnya adalah gegaran otak ketika beraksi dalam perlawanan Liga Super menentang Kelantan DN semalam.
Zikri Khalili masuk di separuh masa kedua sebagai pemain gantian menggantikan Quentin Cheng pada minit ke-60 permainan.
Insiden tersebut terjadi ketika pertembungan merebut bola di udara dengan pertahanan Kelantan DN, Michal Jerabek selepas bola muntah daripada tandukkan Faisal Halim.
“Saya diberitahu bahwa Zikri Khalili hampir pasti tidak boleh dibawa ke Sabah kerana mengalami gegaran otak,” kata Nidzam Jamil dalam sidang media Selangor selepas tamat perlawanan.
Pemain berusia 22 tahun itu disahkan tidak akan beraksi menentang Sabah bagi saingan Liga Super pada 13 Ogos ini.
Piala Sultan Selangor (TSSC) 2024 akan bermula pada 17 Ogos ini, khidmat Zikri Khalili masih belum dapat diketahui sama ada boleh beraksi atau tidak.