“1-0 Saja, Kami Yakin Akan Kalahkan Malaysia” – Theerathon Bunmathan
Dunia
changsuek
Advertisements

Kekalahan 0-1 yang menimpa Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menentang Malaysia semalam tidak sesekali mematahkan barisan pemain skuad ‘Gajah Perang’ itu.

Perkara itu disuarakan oleh kapten pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan. Theerathon akui banyak peluang terhidang buat pasukan Thailand namun sayangnya deretan peluang tersebut tidak dapat diterjemahkan kepada gol.

“Kami menguasai perlawanan dan mempunyai terlalu banyak peluang namun kami tidak mampu menjaringkan gol. Kami tidak melakukan sebarang kesilapan manakala mereka (Malaysia) hanya mempunyai satu peluang sahaja,” jelas Theerathon ketika ditemubual media AFF.

Advertisements

Theerathon juga sangat yakin bahawa kekalahan tipis itu akan ditebus semula dengan kemenangan pada aksi separuh akhir kedua di Bangkok, Isnin depan.

“Ianya (kalah) 1-0 saja dan kami yakin akan menewaskan Malaysia bila menjadi tuan rumah nanti,” katanya lagi.

Pada aksi semalam, jaringan tunggal Faisal Halim pada minit ke-11 perlawanan menjadi pemisah kepada kedua-dua pasukan. Thailand menguasai hampir keseluruhan perlawanan manakala Malaysia pula berjaya mematahkan setiap serangan dan mempertahankan gawang gol daripada dibolosi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram