10,000 Tiket Telah Terjual Untuk Final Piala AFC
Dunia
AFC Cup
Advertisements

Berbaki tiga hari saja lagi menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala AFC yang melibatkan wakil Malaysia, Kuala Lumpur City FC (KL City) yang akan menentang kelab dari Oman, Al-Seeb.

Dikhabarkan penjualan tiket perlawanan akhir itu semakin laris dengan yang terkini dilaporkan 10,000 tiket telah terjual bagi aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

Perkara itu dikongsikan oleh Syafiq Freman dalam satu ciapan di laman twitter beliau. Kesemua 10,000 tiket yang terjual itu adalah melalui pembelian secara dalam talian.

Advertisements

Dengan membawa nama Malaysia, dijangkakan lebih 50,000 penyokong kedua-dua pasukan akan hadir ke stadium pada malam 22 Oktober itu bagi memberi sokongan buat pasukan masing-masing.

Jualan tiket aksi final ini telah dijual sejak beberapa hari lalu dan hari ini merupakan hari terakhir bagi penyokong untuk mendapatkan tiket pada harga RM30.

Bermula Khamis ini, harga tiket akan dinaikkan kepada harga RM40 manakala jika membeli tiket pada hari perlawanan iaitu Sabtu (22 Oktober), harga tiket berubah menjadi RM50.

Advertisements

Untuk mendapatkan tiket secara dalam talian, penyokong boleh membeli di TicketHotline dengan harga RM30 (Rabu), RM40 (Khamis – Jumaat) dan RM50 pada hari Sabtu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram