17 Pemain Tinggalkan Perak
Transfer
Perak FC
Advertisements

Perak FC melakukan rombakan bagi menghadapi musim hadapan dengan 17 pemain disahkan meninggalkan skuad Seladang itu.

Berita perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram rasmi pasukan yang didahului dengan ucapan jutaan terima kasih kepada pemain-pemain berkenaan yang berjuang bersama mereka sepanjang musim.

“Jutaan terima kash diucapkan. Kami amat menghargai kesungguhan anda sepanjang berada bersama-sama di Perak FC”, tulis Perak di kapsyen.

Advertisements

Kesemua pemain ini mengambil keputusan untuk meninggalkan Perak atas sebab kontrak mereka yang tamat pada akhir musim ini termasuk pemain-pemain utama seperti T. Shaheeswaran, Ikhwan Hafizo dan Hafizal Alias.

Selain itu, pemain muda yang mencuri tumpuan seperti Harith Naem, Danish Haziq, Sunil Chadran dan Hakimi Mat Isa turut berhijrah mencari destinasi baharu.

Advertisements

Manakala pemain lain seperti Zulfikri Jamilulhayat, Nazmi Ahmad, Khairul Syafiq, Nasrol Amri, Farid Ghazali, Aris Asri, Hadi Mohamad, Azeem Farhan, Hasnul Zaim, Amirul Husaini melengkapkan 17 pemain yang meninggalkan skud Seladang pada musim ini.

Perak FC menutup tirai Liga Malaysia 2023 dengan kedudukan ke-11 Liga Super, pusingan pertama Piala FA dan mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram