Advertisement
3 Bintang Eropah ‘Tak Layan’ Panggilan Skuad Kebangsaan Filipina
Asia Tenggara
MakanBola

Skuad kebangsaan Filipina menerima tamparan hebat apabila beberapa pemain yang beraksi di eropah bertindak menolak panggilan ke kem latihan yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Hingga setakat artikel ini ditulis, dua pemain yang beraksi di Jerman iaitu Raphael Obermair (SC Paderborn 07) dan John-Patrick Strauß (FC Hansa Rostock) sah menolak panggilan ke skuad kebangsaan.

Manakala bintang ternama Filipina di Jerman iaitu Gerrit Holtmann masih diam membisu dan belum memberikan keputusan sama ada dapat menyertai Filipina ataupun sebaliknya.

Perkara itu dikongsikan oleh laman bola sepak terkemuka Asia Tenggara, Asean Football dalam satu hantaran di laman X.

Filipina menetapkan untuk ke Dubai pada 26 Mei depan untuk kem latihan di sana demi menghadapi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan.

Dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026, Filipina kini berada di tangga tercorot kumpulan E dengan hanya mengumpul satu mata selepas empat perlawanan.

Untuk aksi seterusnya, Filipina bakal berdepan Vietnam pada 6 Jun di gelanggang lawan sebelum bertemu Indonesia lima hari kemudian juga di gelanggang lawan.