3 Elemen Utama Mengapa Tan Cheng Hoe Kini Di Selangor
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pengendali baharu pasukan Selangor FC, Tan Cheng Hoe dijangkakan bakal menjadi perhatian para peminat bola sepak tanah air memandangkan bekas jurulatih skuad kebangsaan itu mempunyai reputasi yang baik ketika mengendalikan pasukan Kedah dan Harimau Malaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengharapkan para penyokong berikan masa kepada Cheng Hoe untuk membentuk pasukan mantap pada musim hadapan kerana buat masa ini Cheng Hoe hanya menggunakan pemain sedia ada.

“Kami di kelab akan memberikan yang terbaik buat pemegang taruh di Selangor. Sebagai jurulatih yang berpengalaman seperti Coach Tan (Cheng Hoe) ramai penyokong pasti akan memberikan expectation yang tinggi atas pencapaian beliau sebelum ini.

Advertisements

“Namun kami berharap para penyokong dan pemegang taruh memahami bahawa perkara ini memerlukan masa,” jelas Dr Johan.

Dr Johan juga menjelaskan beberapa elemen penting yang membawa kepada kehadiran Tan Cheng Hoe di Selangor. Antara elemen yang didedahkan antaranya adalah Cheng Hoe berjaya membawa pasukan Kedah dengan dibarisi skuad yang muda bagi memberi saingan di Liga Malaysia.

Bukan sahaja itu, sejarah Cheng Hoe dalam membawa masuk pemain import juga memberikan kesan yang baik kepada pasukan yang dikendalikannya selain membawa pasukan Harimau Malaya beraksi baik dalam pusingan kelayakan Piala Dunia sebelum ini.

Advertisements

“Kita (Selangor FC) memiliki barisan pemain muda yang ramai. Kita tengok rekod Coach Tan bersama pasukan Kedah di mana beliau mempunyai barisan skuad yang muda dan beliau berjaya membawa pasukan muda ini dari Liga Premier, Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

“Sentuhan beliau dalam membawa pemain-pemain asing (import) juga mempunyai rekod yang sangat baik. Sudah tentu Coach Tan sudah mengendalikan pasukan kebangsaan untuk empat tahun di peringkat tertinggi. Sudah tentu ini merupakan sebab-sebab mengapa kita lihat Coach Tan antara jurulatih yang baik buat Selangor musim hadapan,” tambah Dr Johan lagi seperti yang dikongsikan Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram