3 jawatan kosong menanti Tan Cheng Hoe sekiranya mahu membuat kepulangan beraksi di Liga Malaysia.
Bekas jurulatih Harimau Malaya itu membuat keputusan untuk meninggalkan gergasi Liga Super, Selangor pada awal 2024.
Beliau telah membuat keputusan untuk berkelana di Thailand bersama Police Tero namun jodohnya tidak berkekalan di sana.
Penyingkiran Police Tero ke saingan Thai League 2 menyaksikan jodoh pengendali berusia 56 tahun itu berakhir sekaligus bergelar ejen bebas.
Terdapat tiga pilihan yang boleh dipertimbangkan dengan pasukan seperti Selangor juga mengumumkan perpisahan dengan pengendali, Nidzam Jamil.
Terengganu juga kini sedang mencari pengganti selepas Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner telah meninggalkan skuad Peteh selepas satu musim setengah.
Pasukan Utara tanah air, Penang FC mahu mencari pengganti berpengalaman selepas berpisah dengan Akmal Rizal susulan prestasi hambar pasukan.
Cheng Hoe juga merupakan pengendali berpengalaman selepas pernah membimbing pasukan negara, Kedah Darul Aman dan juga Selangor.
Anak jati Kedah ini memegang rekod 68 peratus kemenangan bersama Gergasi Merah bermula September 2022 hingga Februari 2024.
Sebelum ini, beliau pernah menyatakan hasrat untuk kekal di luar negara sekiranya masih mendapat tawaran yang sesuai.