Advertisements
3 Kelab Diangkat Paling Bernilai Di Liga Super
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perkembangan kelab Liga Super Malaysia (Liga M) menyaksikan tiga pasukan kini menjadi kelab paling bernilai tahun 2023.

Kualiti liga yang semakin meningkat naik telah membantu Malaysia untuk menjadi antara kuasa besar bola sepak di rantau ini.

Menerusi perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh laman Transfermarkt, berikut merupakan kelab paling bernilai di Liga Super:

1.Johor Darul Ta’zim (JDT)

Juara sedekad Liga Super ini merupakan kelab nombor satu paling bernilai di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dominasi luar biasa ini menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya mengukuhkan statusnya pada tahun 2023.

Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) ini memiliki nilai pasaran 9.93 Juta Euro (RM49 Juta) sambil diikuti oleh pasukan Liga 1 Thailand, Buriram United (RM44 Juta) dan BG Pathum United (RM40 Juta).

2.Selangor FC

Pasukan tumpuan Liga Super 2023, Selangor FC berada pada landasan terbaik untuk mara ke Asia tahun hadapan apabila menghuni tangga kedua Liga Super.

Finalis Piala Malaysia 2022 ini berada pada tangga kedua kelab paling bernilai di Malaysia dan ke-7 di Asia Tenggara.

The Red Giants memiliki nilai pasaran 5.63 Juta Euro bersamaan RM28.2 Juta.

Nilai ini bagaimanapun susut -6.7 peratus berbanding musim lalu menurut kemas kini transfermarkt.

3.Kedah Darul Aman FC

Pasukan kendalian Nafuzi Zain ini sedang bersaing sengit untuk merebut tempat ke-2 Liga Super musim ini bersama Selangor FC.

Persembahan Hijau Kuning bagaimanapun masih tidak konsisten selepas disingkirkan dari Piala Cabaran oleh Kuching City.

Nilai pasaran Kedah bagaimanapun berada di tangga ketiga Liga Super 2023 di belakang JDT dan Selangor.

Kedah memiliki nilai pasaran 4.68 Juta Euro bersamaan RM2.68 Juta.