JDT Kini Kelab No.1 Paling Bernilai Di ASEAN
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila kini menjadi kelab paling bernilai di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Skuad Harimau Selatan kini berada pada kemuncak prestasi selepas berjaya menjulang Liga Super 2023 untuk melengkapkan dominasi sedekad di Malaysia.

Pencapaian gemilang ini telah meletakkan kelab milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) pada satu tahap yang sukar digugat oleh mana-mana pasukan di Liga Super Malaysia.

Advertisements

JDT juga sudah pun menambah koleksi trofi pada tahun ini apabila merekodkan 52 trofi secara keseluruhan sejak tahun 2013.

Perkembangan terbaru turut menyaksikan JDT terus mengukuhkan status di Asia Tenggara apabila menjadi kelab paling bernilai pada tahun 2023.

Menerusi tinjauan nilai pasaran tahun 2023, JDT menjadi kelab nombor satu di Asia Tenggara dengan nilai pasaran 9.93 Juta Euro (RM49 Juta) sambil diikuti oleh pasukan Liga 1 Thailand, Buriram United (RM44 Juta) dan BG Pathum United (RM40 Juta).

Advertisements

Malaysia juga memiliki sebuah lagi kelab di tangga ke-7 iaitu Selangor FC dengan nilai pasaran semasa RM28 Juta.

Berdasarkan rekod, Harimau Selatan telah menjulang 8 Piala Sumbangsih, 3 Piala FA, 3 Piala Malaysia dan satu kejuaraan Piala AFC.

Momentum cemerlang ini juga bakal meletakkan JDT pada landasan terbaik untuk menamatkan kempen liga dengan rekod tanpa kalah seperti musim 2016, 2020 dan 2022.

Advertisements

JDT setakat ini sudah meledak 122 gol dalam semua pertandingan dengan sudah pun menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram