3 Kelab Gergasi Itali Mahu Serie A Kurangkan Jumlah Pasukan Bertanding
Eropah
Inter
Advertisements

3 kelab gergasi Itali mahu mencadangkan pengurangan pasukan yang bertanding dalam Serie A kepada Konfederasi Bola Sepak Itali (FIGC).

Pihak Juventus, Inter Milan dan AC Milan telah mengusulkan perkara tersebut kepada presiden FIGC, Gabriele Gravina tetapi majoriti kelab lain dalam Serie A tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Inter Milan diwakili oleh ketua pegawai eksekutif, Bepper Marotta manakala pengurus Maurizio Scanavino mewakili Juventus dan AC Milan diwakili oleh pengarah kelab Francesco Calvo sewaktu bertemu dengan presiden itu di ibu pejabat.

Advertisements

Ketiga-tiga kelab tersebut mahu mengurangkan jumlah pasukan dalam Serie A dari 20 ke 18 pasukan atas sebab menyelesaikan masalah jadual padat dan meningkatkan kualiti bola sepak menurut Sport Bible.

Presiden FIGC, Gabriele Gravina telah menyatakan bahawa perhimpunan yang bakal diadakan pada 11 Mac kelak di Roma akan membincangkan perkara tersebut.

Gabriele Gravina berminat melakukan perubahan dalam bola sepak Itali dan melahirkan model baharu untuk bola sepak Itali untuk meningkatkan sistem bola sepak di negara berkenaan.

Advertisements

Serie A sebelum ini mempunyai 18 pasukan yang bertanding sebelum ditambah menjadi 20 pasukan pada musim 2004/2005 sehingga sekarang.

Jika berlaku perubahan bilangan pasukan, Serie A bakal menjadi seperti Ligue 1 (Perancis) dan Bundesliga (Jerman) yang memiliki 18 pasukan bertanding dan setiap pasukan akan mengharungi 34 perlawanan semusim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram