3 Kelab Indonesia Buru Khidmat Sergio Aguero
Asia Tenggara
FA Malaysia
Advertisements

Pemain naturalisasi Malaysia, Sergio Aguero difahamkan sedang berada dalam buruan tiga kelab Indonesia yang berminat untuk membawanya ke sana.

Bintang sensasi Sri Pahang itu merupakan antara watak penting buat skuad negara ketika kempen Piala AFF 2022 yang menyaksikan Malaysia layak ke pentas separuh akhir.

Beliau juga memainkan peranan yang cukup penting buat pasukan kendalian Fandi Ahmad musim ini apabila beraksi lebih 420 minit dalam semua aksi kompetitif di Malaysia.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain kelahiran Argentina ini kini berada dalam radar beberapa kelab yang berpangkalan di Indonesia.

Identiti kelab tersebut dikhabarkan ialah Persija Jakarta, Persikabo dan juga Persib Bandung.

Aguero berada dalam radar kelab tersebut disebabkan perubahan yang berlaku dalam Liga 1 Indonesia berikutan penambahan kuota Asean bagi musim baharu.

Advertisements

Oleh yang demikian, nama bekas pemain Penang ini dicanang antara muka yang bakal menyerikan saingan di sana.

Pemain berusia 29 tahun itu pernah memberitahu bahawa beliau akan melakukan segalanya bagi merebut tempat ke dalam skuad Malaysia yang bakal beraksi di Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram