Advertisement
3 Nama Bintang JDT Dipetik Untuk Ke Skuad Kebangsaan
Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers

Dengan menyaksikan skuad kebangsaan Malaysia kendalian Kim Pan-gon mengalami krisis ketiadaaan penyerang, beberapa nama pemain telah disebut-sebut sebagai pengganti untuk menjadi peledak utama Harimau Malaya.

Dalam rancangan Bola Itu Life yang disiarkan di Astro Arena, dua pengacara iaitu Keesh dan Faiz telah menyenaraikan tiga pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai prospek terbaik untuk dibawa masuk ke skuad kebangsaan.

Tiga pemain JDT yang disebutkan adalah Fergus Tierney, Daryl Sham dan peledak berbisa Piala MFL, Gabriel Nistelrooy.

Kini Malaysia hanya mempunyai Paulo Josue yang mempunyai pengalaman di bahagian penyerang utama pasukan selain Haqimi Azim yang acap kali ditolak ke bahagian sayap dalam saingan liga.

“Kita memanggil Nor Shamie Iszuan di kala di peringkat bawah umur, kita ada Fergus Tierney, Daryl Sham dan Gabriel Nistelrooy yang menunjukkan potensi luar biasa di peringkat bawah umur.

“Ianya agak mengejutkan (memanggil Nor Shamie),” jelas Keesh dalam rancangan Bola Itu Life.

Ketiga-tiga pemain yang disebutkan Keesh itu merupakan antara tonggak utama JDT II sejak beberapa musim kebelakangan ini bagi saingan Piala MFL.

Gabriel Nistelrooy juga bersaing dengan hebat sebagai penjaring terbanyak Piala MFL musim lalu dan kini mendahului senarai penjaring terbanyak Piala MFL musim ini.