Liga Super
JOHOR Southern Tigers & Sabah FC
Advertisements

3 pemain Brazil ketika ini berjaya menonjolkan aksi yang cemerlang bersama pasukan masing-masing dalam saingan Liga Super. Antaranya ialah:

Heberty Fernandes (JDT)

Penyerang berusia 34 tahun ini tidak menunggu lama untuk menghasilkan impak apabila berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya menentang Selangor pada akhir Julai yang lalu.

Advertisements

Heberty kini berjaya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan liga sewaktu bertemu pasukan Selangor, Sabah, Perak dan Kedah.

Heberty 3 Pemain Brazil Sedang Mengganas Di Liga Super
Johor Southern Tigers

Pemain kelahiran Brazil ini telah menjaringkan 4 gol dan turut menghasilkan 1 bantuan jaringan dalam 4 perlawanan Liga Super ketika ini.

Advertisements

Heberty hadir untuk memperkuatkan lagi bahagian serangan JDT setelah Fernando Forestieri mengalami kecederaan dan terpaksa disisihkan buat tempoh yang panjang.

Ramon Machado (Sabah)

Advertisements

Ramon menjadi ayam tambatan Sabah dalam kemenangan 3-1 ke atas Negeri Sembilan setelah berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.

Ramon kini sudah merekodkan 6 gol dan 2 bantuan jaringan dalam 7 perlawanan liga bersama Sabah.

Advertisements
Sabah football club

Penyerang berusia 32 tahun ini juga mudah menjaringkan 2 gol dalam debutnya bersama Sabah sewaktu menentang Kuching City pada aksi awal bulan Julai.

Ketajaman Ramon dihadapan gol dan dibantu pula dengan kehadiran Darren Lok dan Saddil Ramdani menjadikan jentera serangan Sabah semakin digeruni.

Bergson (JDT)

Bergson kini berada ditangga ke-3 carta penjaring terbanyak liga setelah menjaringkan 15 gol dalam 17 aksi liga berdasarkan statistik daripada MFL.

Malah dalam 5 aksi terakhir JDT di Liga Super, Bergson sentiasa terlibat dalam gerakan menghasilkan gol apabila menyumbang 6 gol dan 3 bantuan jaringan.

Johor Southern Tigers

Setelah ketiadaan Forestieri ekoran kecederaan, Bergson kembali menjadi sandaran utama JDT dalam menghasilkan gol.

Malah Bergson juga cepat mencari keserasian bersama Heberty dalam mengetuai jentera serangan JDT walaupun Heberty baru sahaja menyertai kelab tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram