3 Pemain Dijangka Mampu Bantu Kedah Kejutkan JDT
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah dijangka menjadi tumpuan kerana ramai ingin tahu sama ada Kenari mampu mengekang pendahulu Liga Super itu. Tetapi bagi bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof, ada tiga pemain yang boleh membantu Kedah mengejutkan Harimau Selatan.

Tiga pemain tersebut ialah penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz, penyerang Brazil, Willian Lira dan bekas pemain sayap Sri Pahang, Manuel Hidalgo. Bekas penyerang Selangor itu percaya trio ini mampu membantu anak-anak buah Nafuzi Zain dalam mendepani JDT esok.

“Bagi saya, ada dua, tiga (pemain) lah. Kalamullah, sebab hari itu (perlawanan menentang Penang), dia memang tunjuk prestasi cemerlang (dalam) perlawanan terakhir.

Advertisements

“Willian Lira sebab dia menjaringkan gol dan kemudiannya (Manuel) Hidalgo. Jadi, saya harap pemain-pemain ini akan menjadi pemain-pemain utama semasa menentang JDT nanti. Itu saja,” katanya bila ditemubual Nadi Arena untuk Astro Arena.

Pemilihan tiga pemain ini dilihat tepat dengan status mereka. Ini kerana Kalamullah bukan saja penjaga gol utama Kedah tetapi juga sebahagian daripada skuad kebangsaan yang dipanggil Kim Pan-gon pada Mac lepas.

Sementara Lira dan Hidalgo pula banyak memainkan peranan di bahagian serangan. Dengan penyerang Brazil itu sudah mula menemui rentak jaringan, barisan pertahanan JDT sudah pasti mahu merantai kedua-duanya daripada membolosi gawang Syihan Hazmi Mohamed esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram