3 tonggak berbisa Harimau Malaya kembali mempamerkan taring selepas pulang daripada tugasan kebangsaan.
Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi kempen yang cukup memberangsangkan sungguhpun tidak berkesempatan untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Para pemain yang dipanggil bagaimanapun berjaya meneruskan momentum cemerlang bersama kelab masing-masing.
Duo serangan KL City, Haqimi Azim dan Paulo Josue masing-masing berada dalam senarai penjaring namun tidak berjaya memastikan kemenangan apabila tunduk 2-3 di tangan Kuching City.
Penjaring gol pembukaan ketika berdepan Chinese Taipei, Safawi Rasid kembali dengan rentak jaringan bersama Terengganu FC.
Pemain berusia 27 tahun itu mencatat nama selaku penjaring menerusi sepakan penalti untuk memastikan kemenangan 2-1 menentang Perak.
Kemasukan pemain gantian Kuching City, Shamie Iszuan jelas mengubah wajah serangan pasukan apabila meledak dua gol pada babak kedua permainan.
Pemain berusia 29 tahun itu juga mencatat satu bantuan gol yang menyaksikan anak didik Aidil Sharin mara ke peringkat suku akhir.
Kecemerlangan pemain tunjang Harimau Malaya amat ditagih oleh Kim Pan-gon dalam meneruskan misi Malaysia untuk memasuki Balang 1 sebelum cabutan undian Kelayakan Piala Asia akhir tahun ini.