Kemampuan pemain bola sepak Jepun beraksi di eropah bukanlah perkara baharu namun aksi memukau beberapa pemain Jepun kini mula meraih perhatian ramai. Antaranya:
1. Kaoru Mitoma (Brighton)
Pemain sayap lincah ini semakin digeruni dalam kancah Premier League ketika ini apabila sudah menjaringkan 3 gol dan mencipta 3 bantuan jaringan hanya dalam 6 perlawanan liga.
Mitoma merupakan pemain utama Brighton dan kemampuan menggelecek melepasi pertahanan lawan menjadi senjata utama pemain kelahiran Jepun ini.
Pemain sayap kiri ini mempunyai 34.78% kadar kejayaan dalam menggelecek bagi musim ini menurut FootyStats.
2. Takumi Minamino (AS Monaco)
Bekas pemain Liverpool ini pantas menyesuaikan diri di liga Perancis dan kini menjadi pilihan utama Adi Hutter dibahagian tengah menyerang pasukan.
Minamino kini turut merekodkan 3 jaringan dan 3 bantuan jaringan dalam 6 penampilan liga dan mencatat kadar hantaran yang tinggi iaitu 80.82% bagi musim ini.
Pemain berusia 28 tahun ini turut menjadi pemain penting pasukan Jepun apabila telah menjaringkan 17 gol serta 8 bantuan jaringan dalam 47 aksi bersama skuad Samurai Biru.
3. Takefusa Kubo (Real Sociedad)
Kubo masih selesa bermain di liga Sepanyol setelah menyumbang 4 gol dan 1 bantuan jaringan untuk kelab Real Sociedad.
Pemain berusia 22 tahun ini kerap bertukar-tukar kelab secara pinjaman sebelum ini namun telah mengambil keputusan untuk keluar daripada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada tahun lalu setelah gagal menembusi pasukan utama tersebut.
Kini Kubo menjadi pemain utama untuk posisi sayap kanan Real Sociedad dan telah merekodkan 13 gol dan 10 bantuan jaringan dalam 51 penampilan sejak menyertai kelab itu pada Julai 2022.
Penutup
Prestasi cemerlang 3 pemain ini menghangatkan lagi pentas bola sepak eropah dan bakal membantu pasukan Jepun terutamanya dalam membentuk pasukan terbaik bagi kejohanan Piala Asia tahun hadapan.