3 Pemain Kebangsaan Jordan Jadi Taruhan Selangor
MakanBola
Jordan FA
Sponsors

Tiga pemain berstatus bintang kebangsaan Jordan bakal menjadi taruhan Selangor untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/2025.

Selangor sebelum ini memiliki jeneral tengah kebangsaan Jordan, Noor Al Rawabdeh yang berjaya membantu The Red Giants meraih gelaran naib juara musim lalu.

Ad

Noor mencatatkan 28 penampilan dan berjaya mencetak lima gol selain melakukan tiga bantuan jaringan sepanjang musim 2023 bersama Selangor.

Ad

Noor turut menjadi tonggak utama mengemudi jentera tengah negaranya dalam kejohanan Piala Asia di Qatar lalu dan membawa Jordan muncul naib juara.

Di awal musim 2024/2025, Selangor juga berjaya mengikat penyerang skuad bawah 23 tahun Jordan, Reziq Bani Hani dari kelab lamanya, Al-Faisaly untuk memperkuat pasukan.

Ad

Setakat ini, aksi Reziq menjadi tumpuan dan diturunkan sebanyak 7 kali selain menyumbang 2 gol buat Gergasi Merah termasuklah ketika berdepan Terengganu Sabtu lalu.

Ad

Terkini, Selangor baru sahaja mengumumkan kehadiran penyerang antarabangsa Jordan, Ali Olwan yang tiba selaku ejen bebas setelah kontraknya bersama Al-Shamal SC telah tamat.

Ad

Sepanjang menyarung jersi Al-Shamal SC, Ali melakukan 45 penampilan dan menyumbat 9 gol serta 10 bantuan jaringan dalam semua kejohanan musim lalu.

Penyerang berusia 24 tahun ini juga sudah memiliki 41 kaps bersama skuad senior Jordan dan tampil cemerlang meledak 12 gol menurut data dari laman Transfermarket.

Kini, ketiga-tiga pemain kebangsaan Jordan ini bakal membawa cabaran Selangor untuk bersaing di peringkat domestik dan juga Asia khususnya dalam saingan AFC Champions League 2 (ACL2).