Kisah Noor Al-Rawabdeh Di Selangor Jadi Buah Mulut Asia
Asia
MakanBola
AFC
Advertisements

Nama pemain tengah Selangor FC dan Jordan, Noor Al-Rawabdeh kembali menjadi sebutan peminat bola sepak Asia baru-baru ini.

Ini selepas akaun media sosial rasmi Liga Juara-Juara AFC (ACL) menggelar Noor sebagai bintang utama untuk Al-Nashama dan Merah Kuning.

Advertisements

“Bintang utama untuk kelab dan negara. Noor Al-Rawabdeh bakal mengetuai Selangor FC ke arah kejayaan di peringkat benua!” katanya di X.

Sejak menyertai Selangor pada musim 2023, pemain tengah berusia 27 tahun itu menjadi tonggak utama di bahagian tengah. Mengikut data terbaru Transfermarkt, Noor telah merekodkan 31 penampilan, enam gol dan tiga bantuan gol bersama Merah Kuning.

Advertisements

Gandingannya bersama Yohandry Orozco dan Alex Agyarkwa membantu Selangor meraih gelaran naib juara Liga Super musim 2023. Kejayaan itu membolehkan Selangor layak secara merit ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL) musim 2024/25.

Kecemerlangan itu kemudiannya diteruskan Noor semasa bersama Al-Nashama untuk kempen Piala Asia 2023 dan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Bekas pemain tengah Al-Faisaly itu tampil sebanyak lima kali untuk Jordan dalam Piala Asia 2023. Kempen itu menyaksikan Al-Nashama bergelar naib juara selepas tewas kepada tuan rumah, Qatar.

Noor turut membantu Jordan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selaku juara Kumpulan G. Lebih manis, Al-Nashama mengatasi cabaran pasukan gergasi serantau, Arab Saudi.

Advertisements

Kejayaan ini turut membantu Jordan layak secara merit ke Piala Asia 2027 yang diadakan di Arab Saudi. Ini dilihat satu pencapaian hebat buat Noor selepas merekodkan 45 penampilan di peringkat antarabangsa bersama Al-Nashama.

Aura beliau dijangka ditagih Selangor apabila kempen kumpulan ACL2 bermula pada September ini.

Advertisements

News Comments Account